Friday, August 10, 2012

Baby


tido pon comeel  

ehsan : Sony k770i


suka! suka!

Saturday, July 28, 2012

Malas bebeno.



Kueh raya malas ibu kata,hehe..
Cornflakes with mango flavour oke.
Memang tak sempat simpan tok raya ni dah selamat dah.
Confirm ! ^^



suka! suka!

Thursday, July 5, 2012

Empat tahun !


last class dengan madam aishah
dapat makan kek indulgence air tangan puan,weee ^^


gadis gadis BACC8A


teruna? bujang? BACC8A


 InshaAllah soon  Alhamdulillah :')


suka! suka!

Wednesday, July 4, 2012

sandcastle


ayuh kita bina istana sama-sama dong  :)



suka! suka!

Saturday, June 9, 2012

Chenta hati


Pernah bercita-cita nak bertemu jodoh with someone named Aqil
and now i found him ! :p


suka! suka!

Tuesday, June 5, 2012

29.05.12 = 19tahun



to my dearest 'kakak',
selamat ulangtahun sayang !

 semoga kejayaan terus menjadi milik anda, dunia & akhirat.
tahniah dan selamat memikul tanggungjawab ^^


suka! suka!

Thursday, May 24, 2012

Manis !



15052012 : antara salah satu penyebab saya sibuk.

tak lama dah qila, nanti mesti kau rindu benda ni semua :')


suka! suka!

Monday, May 7, 2012

Sing a song


A best friend is someone who knows the song in your heart and
can sing it back to you when you have forgotten the lyrics 


suka! suka!

Thursday, April 26, 2012

need some opinions here








rasa macam nak start buat business laa ^^

ada sesiapa perlukan servis saya tak? hahaha..
actually dah gian nak ambil gambar dengan cik soed.
hasilnya seperti yang anda saksikan, guna ajelah model yang ada.
dorang cute jugak kan :p

p/s : layak ke tak eh nak start photography biz? 
       pandangan anda anda dan anda amat diperlukan. thanks !


suka! suka!

Tuesday, February 28, 2012

Suami & Bapa


seorang lagi kazen dah selamat menjadi tunangan orang, alhamdulillah..

tahun 2012 ni adalah 'tahun kebangkitan' kaum adam dalam keluarga besar saya 
since ada 4 kenduri kahwin melibatkan kazen lelaki ^^

selamat menjadi suami dan bapa mengikut acuan Rasulullah s.a.w  :)


suka! suka!

Monday, February 20, 2012

stop worrying


and have faith in Allah s.w.t   :)


suka! suka!

Tuesday, January 31, 2012

Lemah?


Tenanglah wahai teman. 
Yakin bahawa di setiap ujianNya pasti ada rahmat yang menanti :)


suka! suka!

Friday, January 27, 2012

Cik Soed's makeup set

Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan membela dan mendidik cik soed, baru haritu berpeluang nak belikan dia 'set makeup'. Amboi maintenance tinggi tau nak bela dia ni, kalah tuan dia,hewhewhew... Jom check it out ape jaaa set make up tak berjenama yang cik soed dapat,hehe...


1. Blower - meniup segala habuk yang melekat pada cik soed. apsal besar? orang len punya comey ja, jeless doploh saat
2. Lens cleaner - spray kat lens (untuk cuci lens kasi bersih la, lagi mau tanya ka)
3. Kain pengelap - lap body n screen protector cik soed
4. Silica gel - memerangkap udara lembab. yang ni ambil dari kotak kasut ibu sebab yang dulu dah tertinggal di Sabah barangkali,hehe.. Benda ni penting !
5. Lens cleaning tissue - bagi lap lens agar tiada habuk atau sebarang objek tak diundang yang mungkin menggangu proses mengambil gambar kelak
6. Brush - buat sapu blusher kat pipi cik soed *hapekah yang direpekkan ini haa*
7. Cotton bud - untuk korek telinga tuan cik soed,hahaha.. oke tak kelakar pon

Ni la 7-1 items yang tokey kedai kamera kat bandar Muo tu bagi kat Cik Yo. Den suruh dia belikan guna duet den tapi dia telah memakai duet dia sendiri makanya den akan mengambil peluang ini dengan meminta dia memberi semua secara percuma sebagai hadiah besday den tahun ini. Terbaek kan? Oh ini masih dalam perancangan sebab beserta dengan ini semua, den turut memesan beliau membelikan screen protector untuk cik soed yang harganya adalah 2.3x ganda harga pencuci muka yang den sedang guna sekarang ini. 

Awat la mahal sangat amoiii? *padahal pencuci muka yang murah* Takpe disebabkan amoi tu kata kat Cik Yo dan Cik Yo kata kat den bahawasanya screen protector itu sangatlah bagus kualitinya kerana tebal dan tidak akan pecah apabila dihentak maka den pun redha la. Tetapi peratusan untuk menghentak screen protector adalah sangat tipis, yela apekehe nya nak p hentak benda tu kan melainkan ia terhentak atau ada orang laen yang jeles dengan keanggunan cik soed setelah di makeup kan yang menghentakkannya :D

Oke dah la, ini saja yang den dapat kongsikan.. Jagalah dslr anda seperti mana anda menjaga diri anda sendiri. Untuk mengelakkan den dari terus merepek yang bukan-bukan lebih baek den mengundurkan diri. Den akhiri post kali ini dengan ucapan, undur diri hati-hati kalau jatuh bangun sendiri. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.  


suka! suka!

Friday, January 20, 2012

Sunset | Jesselton Point KK

Apabila diri terlalu asyik dengan keseronokan, Allah mengingatkan kembali pada Dia melalui kebesaranNya. Jari telunjuk beralih ke kiri dan kanan menunjuki langit yang indah tak terperi. SubhanaAllah!! Andai kamu berpeluang melihatnya sendiri seperti saya mungkin tanpa sedar air mata mengalir tanda syukur dan kagum pada ciptaan Ilahi *seriously*  :')















(without any editing)

Cantik ka bah...? CiptaanNya saja sudah amat indah, pastinya Yang Maha Pencipta itu lebih indah lagi 

Tatkala rancangan pertama untuk melihat matahari terbenam dari atas bukit di Sandakan di batalkan kerana tidak cukup masa, Allah gantikan pula dengan peluang kedua. Allahuakhbar ! Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat lagi :)

p/s : pinjam dak jeti jadi model, terima kasih adik !

Lokasi : Jesselton Point, Kota Kinabalu Sabah
Tarikh : 15 Januari 2012


suka! suka!

Wednesday, January 4, 2012

langit & bumi



andai selalu mendongak langit
rumput di bumi di lupa jangan


suka! suka!

Monday, January 2, 2012

Hantaranss

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan ^^


hantaran dari pihak kami (perempuan) 


hantaran dari pihak lelaki


sirih junjung mereka simple dan cantek ! 
diakui oleh kazen saya a.k.a penghias hantaran :p


Konklusinya tak perlu nak upah orang laen hias hantaran kalau ada saudara-mara anda yang berkebolehan menghiasnya. Semestinya FOC kan,hoho.. See, sudah jimat disitu :)

Kepada mereka mereka yang bakal bertukar status tahun 2012 ni, saya ucapkan selamat menempuh alam baru ! Ehem. Semoga ikatan yang bakal dibina kalian kekal hingga ke syurga ♥ 


kombinasi pink + putih memang extraa sweet 

Abaikan pencahayaan yang overdose sebab cik soed telah menghabiskan masa beliau di tangan ramai orang sepanjang kenduri kali ni, maka banyak experiment yang telah dijalankan ke atasnya :D

Saya akhiri post kali ini dengan


 oke yang ni saya mengaku memang 'air tangan' saya, hehehe..

Selamat Pengantin Baru Kak Chah & Abg Firdauz !


suka! suka!