Friday, January 27, 2012

Cik Soed's makeup set

Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan membela dan mendidik cik soed, baru haritu berpeluang nak belikan dia 'set makeup'. Amboi maintenance tinggi tau nak bela dia ni, kalah tuan dia,hewhewhew... Jom check it out ape jaaa set make up tak berjenama yang cik soed dapat,hehe...


1. Blower - meniup segala habuk yang melekat pada cik soed. apsal besar? orang len punya comey ja, jeless doploh saat
2. Lens cleaner - spray kat lens (untuk cuci lens kasi bersih la, lagi mau tanya ka)
3. Kain pengelap - lap body n screen protector cik soed
4. Silica gel - memerangkap udara lembab. yang ni ambil dari kotak kasut ibu sebab yang dulu dah tertinggal di Sabah barangkali,hehe.. Benda ni penting !
5. Lens cleaning tissue - bagi lap lens agar tiada habuk atau sebarang objek tak diundang yang mungkin menggangu proses mengambil gambar kelak
6. Brush - buat sapu blusher kat pipi cik soed *hapekah yang direpekkan ini haa*
7. Cotton bud - untuk korek telinga tuan cik soed,hahaha.. oke tak kelakar pon

Ni la 7-1 items yang tokey kedai kamera kat bandar Muo tu bagi kat Cik Yo. Den suruh dia belikan guna duet den tapi dia telah memakai duet dia sendiri makanya den akan mengambil peluang ini dengan meminta dia memberi semua secara percuma sebagai hadiah besday den tahun ini. Terbaek kan? Oh ini masih dalam perancangan sebab beserta dengan ini semua, den turut memesan beliau membelikan screen protector untuk cik soed yang harganya adalah 2.3x ganda harga pencuci muka yang den sedang guna sekarang ini. 

Awat la mahal sangat amoiii? *padahal pencuci muka yang murah* Takpe disebabkan amoi tu kata kat Cik Yo dan Cik Yo kata kat den bahawasanya screen protector itu sangatlah bagus kualitinya kerana tebal dan tidak akan pecah apabila dihentak maka den pun redha la. Tetapi peratusan untuk menghentak screen protector adalah sangat tipis, yela apekehe nya nak p hentak benda tu kan melainkan ia terhentak atau ada orang laen yang jeles dengan keanggunan cik soed setelah di makeup kan yang menghentakkannya :D

Oke dah la, ini saja yang den dapat kongsikan.. Jagalah dslr anda seperti mana anda menjaga diri anda sendiri. Untuk mengelakkan den dari terus merepek yang bukan-bukan lebih baek den mengundurkan diri. Den akhiri post kali ini dengan ucapan, undur diri hati-hati kalau jatuh bangun sendiri. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.  


suka! suka!

No comments: